awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: UMNO cuba elak pertembungan, sedang adakan rundingan - Mahdzir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
30/10/2021
09:36 MYT
PRN Melaka: UMNO cuba elak pertembungan, sedang adakan rundingan - Mahdzir
Mahdzir berkata, perbincangan lanjut juga sedang dan akan dilaksanakan UMNO berkaitan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan keputusan mengenai perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat. - Gambar fail
ALOR SETAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa parti itu ketika ini sedang berusaha sedaya upaya bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri membabitkan parti-parti yang kini berada di dalam blok kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, perbincangan lanjut juga sedang dan akan dilaksanakan UMNO berkaitan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan keputusan mengenai perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat.
"(Harini) ada dua benda saya nak cakap (berkaitan PRN Melaka), yang pertama kalau boleh kita (di pihak UMNO) sedang usahakan di sini (agar) tidak ada pertembungan (membabitkan parti di dalam kerajaan), yang kedua (adalah kita terbuka untuk) adakan rundingan.
"(Berkaitan jika UMNO bertembung dengan Pas atau Bersatu akan rugikan orang Melayu), itu saya (tadi) katakan (bahawa saya harap) tidak ada pertembungan, dan (akan) menjalankan rundingan, (yang mana ketika ini) sedang diusahakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan 2021 di Raia Hotel, Alor Setar pada Sabtu.
21 Oktober lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh PRN Melaka sudah ditetapkan.
Katanya, keputusan itu adalah muktamad dan tidak timbul soal UMNO lambat atau cepat membuat keputusan berhubung kerjasama berkenaan.
Bagi pihak Perikatan Nasional (PN) pula, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata gabungan itu berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka.
Jelasnya, secara dasarnya perkara itu sudah dipersetujui semua parti komponen dalam gabungan berkenaan.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Mahdzir Khalid
#pertembungan
#PRN Melaka
#pilihan raya negeri
#Melaka Memilih
#Bersatu
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan