POLITICS
PRN Melaka: 'Yang bawah tak perlu provokasi' - Puteri UMNO

Nurul Amal mengingatkan agar tiada pihak dalam Kerajaan Perpaduan melangkaui batas dalam isu pembahagian kerusi PRN Melaka. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pimpinan Pemuda dalam Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak melakukan provokasi terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Ringkasan AI
- Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi, mengingatkan agar pemimpin Pemuda PH tidak membuat provokasi terhadap BN mengenai pembahagian kerusi DUN Melaka, kerana keputusan tersebut sepatutnya ditentukan oleh pimpinan atasan kedua-dua parti.
- UMNO mengekalkan prinsip asas yang telah dipersetujui dengan PH, iaitu mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi dalam PRN Melaka lalu. BN akan terus mempertahankan 21 kerusi yang kini dikuasai mereka.
- Nurul Amal menegaskan bahawa BN dan PH berada dalam kerajaan perpaduan bagi memastikan kestabilan politik, serta mengingatkan agar tiada pihak dalam Kerajaan Perpaduan melangkaui batas dalam isu pembahagian kerusi PRN Melaka.
Beliau mengulas mengenai isu pembahagian kerusi PRN Melaka yang menimbulkan pertikaian dalam kalangan parti Kerajaan Perpaduan.
Ia susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa 9 cawangan DAP Melaka’meluluskan strategi 14BN+14PH pada PRN Melaka akan datang.
Dalam pada itu, Nurul Amal mengingatkan pimpinan PH tidak mendahului pucuk pimpinan dalam isu pengagihan kerusi PRN Melaka dan tidak melangkaui ‘had’.
"BN dan PH duduk bersama dalam kerajaan perpaduan adalah demi menjaga kestabilan politik negara.
“Tidak kiralah negeri mana sekali pun, jangan sekali-kali kita ‘cross border line’,” katanya lagi.
UMNO setakat ini kekal dengan prinsip asas disepakati Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) supaya mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata justeru pada PRN Melaka yang akan datang, BN tetap dengan 21 kerusi DUN dikuasai parti itu.
Melaka mempunyai 28 DUN membabitkan 21 dikuasai BN, PH (lima) dan PN (dua).
Penggal DUN Melaka dijadualkan berakhir pada November tahun depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami