JOHOR BAHRU: MIC Johor berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan empat kerusi tradisinya untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Penerangan MIC Johor S. Deva berkata kerusi terbabit ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Kahang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) serta kerusi yang tewas iaitu Gambir dan Skudai.
Beliau berkata hasrat itu adalah antara perkara yang dibangkitkan MIC Johor dalam mesyuarat khas MIC pusat di Kuala Lumpur berhubung persediaan PRN semalam.
"Selain itu, MIC bahagian telah mengeluarkan usul memandangkan DUN Permas juga kerusi tradisi kita... minta kerjasama UMNO untuk mempertimbang kerusi ini dikembalikan kepada MIC dengan rela," katanya kepada pemberita pada program agihan barangan segar anjuran Penyelaras MIC DUN Permas di Taman Cendana di sini hari ini.
Deva berkata demikian ketika diminta mengulas kerusi yang akan ditandingi MIC sekiranya PRN diadakan di negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan untuk menentukan percaturan kerusi parti itu diserahkan kepada MIC pusat serta pucuk pimpinan BN.
BACA: Sultan Johor perkenan bubar Dewan Undangan Negeri Johor
BACA: Hasni dapat 'consent' Badan Perhubungan UMNO Johor untuk adakan pilihan raya
Deva juga berkata ketiadaan parti Gerakan di dalam BN dilihat akan memberi peluang kepada parti komponen seperti MIC atau MCA untuk meletakkan calonnya di kerusi DUN Bukit Batu dan Pemanis yang ditandingi Gerakan pada PRU14.
"Gerakan sudah tidak wujud di Johor... kerusi-kerusi Gerakan mungkin jadi perbincangan untuk diberikan kepada parti komponen yang berdiri teguh dengan UMNO, mungkin MIC atau MCA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
Ketua Penerangan MIC Johor S. Deva berkata kerusi terbabit ialah DUN Tenggaroh dan Kahang yang dimenangi pada PRU14 serta kerusi yang tewas iaitu Gambir dan Skudai. - Gambar fail
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
PRN Johor: MIC tekad kerja keras untuk sumbang empat kerusi DUN kepada BN
Ini bagi membantu Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri yang stabil sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan parti kaum India itu.
PRN Johor: Kalau BN Pusat beri 'green light', MIC boleh tanding lima kerusi - Hasni
Permintaan MIC Johor untuk bertanding lima kerusi DUN pada PRN kali ini, boleh dilaksanakan sekiranya mendapat lampu hijau daripada BN Pusat.
PRN: MIC Johor harap BN kekal kerusi tradisi
MIC Johor berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan empat kerusi tradisinya untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
13 bahagian MIC Johor cadang veteran MIC anggotai jawatankuasa khas
Tiga belas bahagian MIC Johor mencadangkan agar veteran MIC dipilih bagi menganggotai jawatankuasa khas bagi memantau perjalanan pemilihan semula parti akan datang.