awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pendirian MUDA gerak solo tindakan berani - Shahril Hamdan

Faida Rahim
Faida Rahim
28/06/2023
16:31 MYT
PRN: Pendirian MUDA gerak solo tindakan berani - Shahril Hamdan
Rakyat Malaysia boleh mengadili sekurang-kurangnya keberaniaan MUDA untuk ambil risiko itu berbanding mengambil jalan lebih selamat dengan runding kerusi. - Shahril KS
KUALA LUMPUR: Pendirian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak secara sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi merupakan tindakan berani.
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan memaklumkan, pihaknya menyambut baik langkah itu memandangkan sudah tiba masanya untuk MUDA memiliki pendirian dan tidak dilayan seperti parti 'kelas kedua' di dalam gelanggang politik.
Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.
"Saya yakin MUDA dan Syed Saddiq faham risiko masuk PRN sebagai third force ini ada kemungkinan dia tak menang langsung, kalau dia betul-betul third force (kuasa ketiga).
"Tetapi saya yakin selepas itu dia akan berterusan atas platfom yang sama dan rakyat Malaysia boleh mengadili sekurang-kurangnya keberanian MUDA untuk ambil risiko itu berbanding mengambil jalan lebih selamat dengan runding kerusi." katanya.
Terdahulu, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan, anggapan bahawa MUDA 'tergesa-gesa' selain enggan bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berasas.
Beliau mendakwa, pihaknya sebelum ini telah menghantar tiga surat memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH) namun tidak dilayan.
Pada Isnin, Syed Saddiq memutuskan partinya akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sekali gus membuka satu anjakan paradigma dalam arus politik nasional kini.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#muda
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Shahril Sufian Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan