awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Rundingan kerusi PH-BN masih jadi tanda tanya

Bernama
Bernama
15/06/2023
16:58 MYT
PRN: Rundingan kerusi PH-BN masih jadi tanda tanya
Rafizi berkata perbincangan yang dipengerusikannya berjalan lancar namun tidak dapat mendedahkan perinciannya. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masih menjadi teka-teki dengan pemimpin yang hadir terus membisu.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, bagaimanapun, berkata perbincangan yang dipengerusikannya berjalan lancar namun tidak dapat mendedahkan perinciannya.
"Tiada komen mengenai butiran tetapi pernbincangan berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tiga jam itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam Khamis.
Antara pemimpin Kerajaan Perpaduan yang hadir adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad.
Rafizi hari ini dilapor berkata rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara PH dan BN menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi DUN.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#UMNO
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan