PRN Sabah: BN bersedia sepenuhnya, calon sudah dikenal pasti - Zambry

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Barisan Nasional (BN) telah mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding pada PRN Sabah. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung pada hujung bulan ini.
Ringkasan AI
- BN sahkan kesiapsiagaan penuh untuk PRN Sabah hujung bulan ini, termasuk mengenal pasti calon dan melengkapkan persiapan jentera parti.
- Perbincangan calon dan strategi dilakukan bersama kepimpinan negeri, dengan BN menghormati autonomi Sabah sambil memastikan kesepakatan dan kelancaran pilihan raya.
- PRN Sabah melibatkan 73 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan tarikh penamaan calon pada 15 Nov, pengundian awal 25 Nov dan hari mengundi 29 Nov.
“Tentunya kita sudah pun mengenal pasti calon-calonnya termasuk membuat persiapan-persiapan yang diperlukan termasuklah mengenal pasti calon-calonnya,” katanya.
Zambry berkata demikian selepas sesi santai dan walkabout bersempena Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Isnin.
Beliau turut menegaskan bahawa BN komited untuk memastikan kesiapsiagaan jentera parti di semua kawasan yang akan ditandingi, selaras dengan semangat kerjasama bersama kepimpinan negeri Sabah.
Mengulas lanjut, BN katanya telah membuat persiapan rapi yang mana persiapan di peringkat parti telah disiapkan sepenuhnya dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding.
“Perbincangan berkaitan calon dan strategi pilihan raya juga telah diadakan bersama kepimpinan negeri.
“BN menghormati autonomi yang dimiliki oleh Sabah, namun tetap menjalankan perbincangan secara bersama bagi memastikan kesepakatan dan kelancaran dalam menghadapi pilihan raya ini,” katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 November ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


