awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: GRS sedia bertanding solo jika PH-BN teruskan kerjasama - Hajiji

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/05/2025
13:29 MYT
PRN Sabah: GRS sedia bertanding solo jika PH-BN teruskan kerjasama - Hajiji
HAJIJI: GRS menegaskan bahawa parti-parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri. - Foto Instagram/@hajiji_haji_noor
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedia bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri akan datang sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk terus bekerjasama.

Ringkasan AI
  • Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri Sabah sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) meneruskan kerjasama mereka.
  • Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa kerajaan negeri wajar diterajui oleh parti tempatan yang memahami budaya dan keperluan rakyat Sabah.
  • GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dan perbincangan rasmi dengan parti-parti dalam kerajaan negeri untuk menetapkan hala tuju menghadapi PRN akan datang.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu sejajar dengan prinsip gabungan tersebut yang menekankan keutamaan parti-parti tempatan dalam menerajui kerajaan negeri.
“GRS bersedia bertanding solo dan akan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan.
"Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau turut menegaskan, pentadbiran negeri harus dipimpin oleh parti tempatan yang lebih memahami realiti dan budaya rakyat Sabah, walaupun kerjasama dengan parti nasional masih penting dalam kerangka lebih luas.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, GRS komited untuk memperkukuh kestabilan politik negeri kerana ia menyumbang kepada kekuatan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
"Apa yang GRS perjuangkan ialah kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan Sabah.
"Seperti yang sering saya tekankan, Kerajaan Negeri hari ini perlu terus diperkukuhkan kerana ia membawa kestabilan dan mewakili satu bentuk kerjasama yang menyumbang kepada kekuatan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat bagi menetapkan hala tuju gabungan itu dan berbincang secara rasmi dengan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri sedia ada.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#GRS
#kerjasama PH-BN
#Hajiji Noor
#Solo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan