awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Kerajaan baharu GRS komited bangunkan Sabah - Muhyiddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/09/2020
16:53 MYT
PRN Sabah: Kerajaan baharu GRS komited bangunkan Sabah - Muhyiddin
Muhyiddin beri komitmen bahawa kerajaan negeri yang akan dibentuk nanti akan mendapat sokongan yang padu daripada Kerajaan Persekutuan. - Foto BERNAMA
Seluruh wakil rakyat yang baharu dilantik di bawah Gerakan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan kecemerlangan dan kemajuan negeri itu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan tersebut sejurus selepas GRS berjaya meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.
“Saya memberi komitmen yang bersungguh-sungguh bahawa kerajaan negeri yang akan dibentuk seberapa segeranya nanti akan mendapat sokongan yang padu daripada Kerajaan Persekutuan yang saya pimpin sebagai Perdana Menteri.
“Sepanjang apa yang saya katakan sepanjang kempen itu, Insya-Allah akan kita tunai dan akan kita lalsanakan seberapa segeranya,” katanya kepada media di kediaman beliau di sini pada lewat Sabtu.
Beliau yang turut menzahirkan rasa suka cita atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah, merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat negeri itu kerana memberi kepercayaan kepada GRS untuk mentadbir.
“Kita akan pastikan dengan dokongan dan kerjasama yang diberikan seluruh pimpinan yang baharu memimpin Kerajaan Negeri, kita akan terus bersama-sama rakyat Sabah.
“Sabah akan menjadi sebuah negeri yang cemerlang, mencapai kemajuan yang lebih besar untuk masa akan datang,” ujarnya.
Ikuti laporan penuh PRN Sabah di sini
LAPOR LANGSUNG: GRS menang 38 kerusi
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Awani
#GRS
#GRS menang
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan