Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta sekutu mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah hampir 95 peratus siap dan akan diumumkan Selasa ini.
Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata BN, PN dan sekutu mereka telah mencapai konsensus mengenai peruntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan penggunaan logo parti bagi pilihan raya mengejut itu.
"Sebagai pembangkang di Sabah, kami dalam BN dan PN telah bersetuju bekerjasama untuk pertandingan satu lawan satu dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi memberi rakyat alternatif untuk Sabah yang lebih baik," katanya yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah.
Bercakap kepada pemberita pada hari terakhir lawatan kerja dua hari ke Labuan, malam tadi, Annuar berkata barisan pembangkang akan memastikan calonnya tidak akan bersaing antara satu sama lain dan ahli parti akan menyokong wakil yang dicalonkan.
PN di Sabah terdiri daripada parti Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP) manakala BN mempunyai UMNO Sabah, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai sekutunya.
Annuar, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata setiap parti politik terutama daripada PN dibenarkan menggunakan logo parti masing-masing pada PRN kecuali parti komponen BN yang akan menggunakan logo BN.
"Terpulang kepada parti politik masing-masing menggunakan logo parti kerana sentimen pengundian berbeza mengikut kawasan... mereka perlu melakukan penilaian mereka sendiri. Bagi kami, parti komponen BN akan menggunakan lambang dacing dan membenarkan parti lain yang menjadi rakan BN bertanding di bawah BN.
"Tetapi kami difahamkan PN yang baru didaftarkan mempunyai logo sendiri dan ia digunakan oleh Bersatu dan satu atau dua parti yang menjadikan rakan PN. Kami bersetuju dengan itu tetapi apa yang penting, kami berkongsi satu manifesto dan kami akan saling menyokong," katanya.
Mengenai ura-ura wujud tiga puak (Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan) dalam UMNO Sabah, Annuar berkata ia adalah senario biasa bagi pemimpin dalam parti politik untuk mempunyai pandangan berbeza.
"Perbezaan telah ditangani...tidak seharusnya ada masalah lagi. Kini, fokus kami adalah rundingan dengan parti politik lain supaya penagihan kerusi adalah adil.
" Apabila bekerjasama sebagai satu pasukan, perlu ada tolak ansur. Walaupun begitu, kita sudah lebih kurang mempunyai garis panduan dari segi jumlah kerusi bagi BN, Bersatu, PBS dan PBRS dan ini semua harus siap dalam beberapa hari lagi.
"BN dan rakan-rakan PN yang kami namakan sebagai Barisan Pembangkang Bersatu bersemangat untuk menghadapi pilihan raya ini," katanya.
Annuar berkata Sabah adalah sebuah negeri yang unik ketika berdepan dengan pilihan raya kerana parti politik perlu memahami nadi rakyat dengan masalah kemiskinan masih lagi menjadi isu di negeri itu.
Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN Sabah yang dijadual pada 26 Sept dengan hari penamaan calon pada 12 Sept manakala hari mengundi awal, 22 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020

Annuar berkata Sabah adalah sebuah negeri yang unik ketika berdepan dengan pilihan raya kerana parti politik perlu memahami nadi rakyat. Gambar fail

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

PRN Sabah: Muhyiddin beri bayangan Hajiji KM Sabah, jika menang
Keputusan itu juga dicapai melibatkan parti komponen PN iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Bersatu.

PRN Sabah: Pembahagian kerusi BN, PN hampir selesai - Annuar Musa
Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN, PN serta sekutu mereka untuk PRN Sabah sudah hampir 95 peratus siap.

"Sudah sampai masa ketepi perbezaan pendapat" - Abdul Rahman
Apa yang penting ketika ini ialah kemenangan BN dan rakan sekutu dalam memenangi hati rakyat pada PRN Sabah 26 September ini, kata Abdul Rahman.

Sengketa Rahman Dahlan-Bung Moktar: Lupakan, kita 'move on' - Bung Moktar
Perselisihan pendapat antara Abdul Rahman Dahlan dan Bung Moktar diselesaikan pagi ini.

Dikecam 'Geng 12': "Saya tak kecil hati" - Bung Moktar
Sebarang pendapat atau kritikan harus dihormati dan ditangani secara bijak bagi tidak mengganggu fokus dalam persiapan Pilihab Raya Negeri (PRN) Sabah.

Sabah Memilih: UMNO Sabah bermesyuarat, misi utama gerakkan parti
Bung Moktar berkata, apa yang paling penting selaku Ketua UMNO di Sabah, beliau bertanggungjawab menggerakkan parti itu dan memandang ke hadapan.