POLITIK
PRN Sabah: PH hormati keputusan BN tidak kerjasama dengan GRS - PM Anwar

Anwar bersalaman jemaah pada Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Ringkasan AI
- PH menghormati keputusan BN untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN17 Sabah, namun akan terus berbincang dengan kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian terbaik.
- BN dan UMNO Sabah memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH dalam PRN17, seperti diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
- PRN17 Sabah dijangka berlangsung selepas pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 pada 11 November sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan.
Ahmad Zahid berkata sebaliknya parti itu memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada PRN17 Sabah.
Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami