awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: PKR tanding tujuh kerusi, guna logo sendiri

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/09/2020
12:05 MYT
PRN Sabah: PKR tanding tujuh kerusi, guna logo sendiri
Christina berkata tujuh kerusi dimaksudkan adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Sook.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah lewat petang ini mengumumkan untuk mencapai kata sepakat dengan sekutu rapat Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk bertanding di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu mendapat restu dan pengesahan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Malah, Christina juga memaklumkan PKR akan menggunakan logo parti sendiri berbanding rakan komponen Pakatan Harapan (PH) seperti DAP dan Amanah yang bersetuju mengguna pakai lambang Warisan.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Warisan, DAP, UPKO dan Amanah dalam memastikan kestabilan sebagai satu pasukan yang mantap untuk mempertahankan mandat rakyat.
"Meskipun keputusan menggunakan logo sendiri, kami berharap pengundi di Sabah akan terus menyokong pakatan ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Jelasnya lagi, PKR Sabah akan meneruskan kesinambungan hubungan sedia ada di antara sekutu parti mereka selain memberikan sokongan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Presiden Warisan.
Tujuh kerusi dimaksudkan adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Sook.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Mohd Shafie Apdal
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#pilihan raya
#PKR
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan