awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: UMNO Kota Belud yakin pertahan kerusi DUN Tempasuk

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
06/08/2020
02:19 MYT
PRN Sabah: UMNO Kota Belud yakin pertahan kerusi DUN Tempasuk
SELAMAT: Musbah sudah tidak sesuai dicalonkan semula untuk mewakili mana-mana parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN). -Gambar fail
UMNO Bahagian Kota Belud yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk yang sebelum ini disandang Datuk Musbah Jamli.
Pemangku Timbalan Ketua UMNO Kota Belud, Selamat Antang berkata kerusi tersebut dimenangi Musbah atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Bagaimanapun, Musbah yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud telah bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 12 Disember 2018.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tempasuk itu kemudiannya menyertai gabungan yang dibentuk oleh Tan Sri Musa Aman pada 30 Julai lalu dan sehingga kini belum lagi mengesahkan penyertaan mana-mana parti.
Menurut Selamat, Musbah tidak seharusnya diberi peluang untuk bertanding semula.
"Beliau sepatutnya tidak diberikan peluang semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
"Musbah sudah tidak sesuai dicalonkan semula untuk mewakili mana-mana parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN)," kata Selamat.
Jelasnya lagi, DUN Tempasuk telah dimenangi oleh BN (UMNO) selama enam penggal secara berturut-turut sejak tahun 1994.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Barisan Nasional
#Musa Aman
#Musbah Jamli
#pilihan raya negeri
#Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud
#UMNO
#UMNO Bahagian Kota Belud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan