awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: 89 peratus keluar mengundi, lebih tinggi berbanding PRN11

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2021
11:25 MYT
PRN Sarawak: 89 peratus keluar mengundi, lebih tinggi berbanding PRN11
Sebanyak 85 pusat mengundi dibuka bagi membolehkan seramai 23,043 pengundi awal menjalankan tanggungjawab mereka. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Sejumlah 89 peratus atau 18,141 orang telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses tersebut berlangsung bermula 8 pagi tadi.
Sehubungan itu, beliau berkata merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.
"Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup
"Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR," katanya dalam kenyataan tersebut, pada Selasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN SARAWAK DI SINI
Sebanyak 85 pusat mengundi dibuka bagi membolehkan seramai 23,043 pengundi awal menjalankan tanggungjawab mereka.
Daripada jumlah tersebut, 12,585 adalah anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakalan 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan.
SPR menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian.
Pada PRN11, peratus keluar mengundi ialah 72 peratus daripada 24,604 pengundi awal.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Sarawak Memilih
#Peratusan keluar undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan