awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengambilan guru kontrak tidak jejas peluang calon guru simpanan sedia ada - KPM
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Ali Biju, ahli Bersatu bertanding bakal berdepan tindakan tegas - Wan Saiful

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/12/2021
06:06 MYT
PRN Sarawak: Ali Biju, ahli Bersatu bertanding bakal berdepan tindakan tegas - Wan Saiful
Wan Saiful berkata ahli yang melanggar perlembagaan parti boleh berdepan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk keahlian boleh terhenti serta merta. - Gambar fail
KUCHING: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang bertanding pada pilihan raya tanpa kebenaran parti.
Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata ahli yang melanggar perlembagaan parti boleh berdepan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk keahlian boleh terhenti serta merta.
Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju yang bertanding atas tiket Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.
“Peraturan yang sama terpakai di Sarawak dan parti akan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan perkara ini,” demikian katanya dalam kenyataan di laman Facebook, pada Isnin.
BACA: Ali Biju pertahan DUN Krian atas tiket Bebas
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Ali Biju pertahan DUN Krian atas tiket Bebas
Sebelum ini, Ali merupakan wakil tunggal Bersatu di DUN Sarawak.
Beliau memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.
Bagaimanapun, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN12 Sarawak.
Mengulas lanjut, Wan Saiful menyeru semua ahli Bersatu untuk bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kemenangan besar buat GPS pada PRN12.
“Mari kita gunakan keberadaan kita untuk membantu kemenangan rakan sepasukan,” ujarnya.
Sementara itu memetik laporan Utusan Borneo, Ali berkata keputusan bertanding di DUN Krian dibuat untuk menghormati sokongan dan permohonan rakyat di peringkat akar umbi yang mahu beliau terus bertanding mempertahankan kerusi tersebut yang telah dimenanginya sejak dua penggal yang lalu.
Terdahulu, 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) dibuka bermula 9 hingga 10 pagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian, sementara undi awal pada 14 Disember.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Bersatu
#Wan Saiful Wan Jan
#ali biju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan