awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, Mara BPT dibuka bermula 29 Jan
Cederakan wartawan Haresh Deol, penghantar barang didenda RM2,000
Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam berbelanja berhemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: 'Iboh takut turun ngundi' - Hasidah

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
19/11/2021
04:58 MYT
PRN Sarawak: 'Iboh takut turun ngundi' - Hasidah
Hasidah (kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan PEKEMA Peduli kepada salah seorang penerima di Dewan Cenderawasih, Semariang. - Astro AWANI
KUCHING: Usah takut turun mengundi, proses pilihan raya diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Demikian kata Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Kerajaan Negeri- Persekutuan, dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Jelasnya walaupun Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan diadakan dalam suasana negara masih berdepan COVID-19, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan dengan teliti dan selamat.
“Jangan takut turun mengundi, ini kerana pengundian akan dibuat mengikut SOP yang ketat.
“Di tempat mengundi akan ada penguatkuasaan SOP seperti wajib menggunakan pelitup muka, penjarakan sosial, jadi jangan susah hati apabila turun mengundi kelak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bakul Makanan PEKEMA Peduli di Dewan Cenderawasih ,Semariang, di sini.
Penyandang kerusi DUN Semariang itu berkata rakyat perlu menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi memberikan mandat baharu kepada kerajaan.
Ditanya mengenai kesan kepada peratusan keluar mengundi disebabkan penularan COVID-19, Hasidah berkata perkara itu memang akan memberi kesan.
“Seperti yang saya katakan tadi, penularan penyakit (COVID-19) telah berjaya dikawal, malah program vaksinasi juga telah dilaksanakan.
“Ia sedikit sebanyak mengurangkan risiko, dengan amalan SOP yang ketat rakyat tidak perlu risau untuk mengundi kelak,” katanya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kawasan Semariang akan terus menjadi kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
“Rakyat menilai perkara ini, kita tidak hanya turun semasa pilihan raya.. kita menjalankan tugas dari hari pertama lagi.
“Sebarang pembangunan, transformasi yang dilaksanakan bukan bermusim tetapi setiap masa,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan