awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Jika benar SPR longgarkan SOP, itu keputusan terbaik - Nanta

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
20/11/2021
10:13 MYT
PRN Sarawak: Jika benar SPR longgarkan SOP, itu keputusan terbaik - Nanta
Jelas Alexander Nanta Linggi, SOP yang terlalu ketat akan menyukarkan kempen terutamanya di kawasan yang tiada akses internet. - Astro AWANI
KAPIT: Jangkaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan dan kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) disambut baik Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Nanta berkata, sekiranya direalisasikan, ia akan membantu perjalanan PRN12 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Jadi kalau dilonggarkan bagi saya itu yang terbaik kerana walaupun kita seharusnya mematuhi SOP untuk membendung penularan COVID-19 tetapi interaksi antara bakal calon dan pengundi adalah penting.
“Sekiranya SOP yang diumumkan terlalu ketat, maka kita kena bergantung kepada penggunaan teknologi digital dan ini menyukarkan keadaan.
“Ini kerana di kawasan pedalaman, sukar untuk kita mendapatkan perkhidmatan yang terbaik,” jelasnya.
Nanta ditemui media selepas merasmikan pembukaan pejabat Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) cawangan Kapit pada Sabtu.
Selain itu, Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga berharap agar pelaksanaan kempen dari rumah ke rumah dapat dilaksanakan menjelang PRN12 kelak.
Ini kerana katanya faktor geografi yang berbeza dengan negeri Melaka harus dipertimbangkan sebaiknya.
Pada Jumaat sebuah portal tempatan melaporkan bahawa SPR dijangka akan melonggarkan SOP bagi pelaksanaan dan kempen PRN Sarawak yang dijangka berlangsung bulan depan.
Menurut portal berkenaan, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata ia dibuat berdasarkan faktor geografi yang luas di negeri itu berbanding negeri Melaka.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
#Gabungan Parti Sarawak
#SOP Pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan