KUCHING: Hari ini cukup berbeza buat seorang anggota polis Lynne Ginju Law.
Buat pertama kali, wanita berusia 35 tahun ini menunaikan tanggungjawab kepada negeri tercinta dengan menggendong anak kecil yang baru berusia setahun.
Anaknya, Fatimah Sopiah Kamafarkhan, dibawa bersama ketika membuang undi di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak di sini.
Namun bagi Lynne, semua itu bukan halangan, sebaliknya membuatkan dia teruja dengan situasi itu.
“Hari ini lain daripada yang lain. Dulu saya mengundi seorang, kini ditemani anak saya.
“Perasaan itu lain macam, tetapi seronok. Tanggungjawab mengundi perlu ditunaikan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Lynne turut memberitahu, dia terpaksa membawa anaknya membuang undi disebabkan pengasuhnya masih bercuti.
Katanya, SOP dan keutamaan yang diberikan kepada pengundi yang membawa bayi serta wanita mengandung memudahkan urusan pengundian awal buatnya.
“Semua senang… diberikan keutamaan kepada kami. Senang sangat,” katanya.
Seramai 872 pengundi awal melibatkan pegawai, anggota dan pasangan daripada tiga DUN iaitu Tupong, Samariang serta Satok akan membuang undi di dewan ini.
Assim Hassan
Tue Dec 14 2021
Lynne terpaksa membawa anaknya membuang undi disebabkan pengasuhnya masih bercuti. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Petrol RON97 & diesel di Semenanjung turun 15 sen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki Pakistan bunuh doktor terlepas hukuman gantung
Seorang lelaki warga Pakistan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mandatori yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan.
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 27 peratus pada Julai - DOSM
Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia meningkat sebanyak 27.0 peratus kepada 37,960 tan pada Julai 2024 berbanding 29,881 tan yang dicatatkan semasa Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
AWANI Tonight: 11th Sept 2024
#AWANITonight 11 Sept 2024 with Saraya Mia
- Religious Affairs Minister told to prepare report on halal certification
- Trump says debate against Harris his ‘best ever’
#AWANIEnglish #AWANINews
- Religious Affairs Minister told to prepare report on halal certification
- Trump says debate against Harris his ‘best ever’
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Taylor Swift endorses Kamala Harris for president
Taylor Swift has endorsed Democratic vice-president Kamala Harris on Instagram, following the presidential debate with Republican Donald Trump.
AWANI Tonight: "I don't care, it was my best debate" - Donald Trump
After a combative presidential debate with Democratic Vice President Kamala Harris, former US President Donald Trump told journalists it had been his "best debate".
Banjir di Thailand: Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Mangsa korban termasuk dua individu yang terlibat dalam tanah runtuh di wilayah Chiang Mai, manakala dua lagi maut akibat banjir di Chiang Rai.
AWANI 7:45 [11/09/2024] – Modus operandi 20 rumah amal | Tiada kompromi pelanggaran undang-undang | Laporan lengkap Kabinet | [istol dan dadah dalam kereta
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Mangsa diajar meliwat dan dipaksa meliwat penghuni lain, 171 individu ditahan
- Global Ikhwan nafi dakwaan eksploitasi kanak-kanak
- Kaji dan bentang kepada KABINET, kewajipan sijil halal
- Polis sahkan bekas pembantu penyelidik ditahan, temui pistol dan dadah
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Mangsa diajar meliwat dan dipaksa meliwat penghuni lain, 171 individu ditahan
- Global Ikhwan nafi dakwaan eksploitasi kanak-kanak
- Kaji dan bentang kepada KABINET, kewajipan sijil halal
- Polis sahkan bekas pembantu penyelidik ditahan, temui pistol dan dadah
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Ringkas: Fitnah anggota polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rakyat Malaysia lawat atau transit UK perlu mohon ETA mulai 2025
Pengenalan ETA adalah selaras dengan pendekatan yang telah diambil oleh banyak negara lain untuk mengukuhkan keselamatan sempadan.
PRN Sarawak: Lynne buang undi awal bersama bayi
Anaknya, Fatimah Sopiah Kamafarkhan, berusia setahun, digendong ketika membuang undi di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak di Kuching.