KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran untuk menimbangkan pelaksanaan proses pengundian secara digital sebagai salah satu langkah membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dilaksanakan dengan lebih selamat ketika pandemik COVID-19.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang membuat saranan itu berkata SPR juga perlu memastikan sistem itu benar-benar berkesan sebelum ia dilaksanakan.
"Bagi saya kita sekarang berada di era digital dan pastinya semua rakyat sudah tahu parti mana yang mereka mahu undi menjelang pilihan raya ini," katanya menerusi rakaman video di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak berkata kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan memanjangkan tempoh pengundian sehingga sebulan seperti yang pernah dilakukan pada tahun-tahun 1970an.
"Apa yang penting adalah untuk memastikan proses pilihan raya dan pengundian dapat dijalankan dengan lebih terkawal bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya itu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.
Seri Paduka bertitah perisytiharan itu berikutan wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.
Bagaimanapun, Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 yang dikeluarkan berikutan Proklamasi Darurat Sarawak itu menyatakan Seri Paduka boleh menamatkan proklamasi itu lebih awal setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, namun fasal berkenaan tidak mempunyai kuasa menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung pembubaran DUN itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
Abdul Karim berkata SPR juga perlu memastikan sistem itu benar-benar berkesan. - Gambar fail
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.