awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Penyandang kerusi DUN Murum dikekalkan - Abang Jo

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/11/2021
07:01 MYT
PRN Sarawak: Penyandang kerusi DUN Murum dikekalkan - Abang Jo
Abang Johari mengumumkan Kennedy Chukpai Ugon kekal dicalonkan di DUN Murum semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Asap, Belaga. - Foto Astro AWANI
BELAGA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon kekal dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak-12 (PRN12).
Pengumuman dibuat sendiri Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Asap, Belaga.
“Saya nak umumkan bahawa Kennedy Chukpai akan tetap dicalonkan dalam PRN12 akan datang.
“Kalau anda memberikan sokongan kepada beliau, maka akan banyak lagi projek pembangunan di sini,” katanya.
Terdahulu Chukpai menerusi ucapannya meminta kerajaan negeri di bawah pentadbiran Abang Jo untuk mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan sepuluh projek rakyat di Belaga.
Namun Abang Jo ketika berucap menyatakan bahawa kesemua permintaan itu hanya akan boleh dikaji dan diluluskan sekiranya rakyat kekal memberikan mandat kepad kerajaan pimpinanannya.
“Sayang sekali, permintaan ini dibuat semasa kerajaan negeri tidak lagi memiliki mandat.
“Namun sekiranya anda semua ingin projek ini (direalisasikan), berilah sokongan kepada GPS,” tambahnya.
Antara lain, ketika ditanya siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi Dun Baleh dan adakah penyandang kerusi Dun Belaga akan dikekalkan, Abang Jo berkata perkara itu hanya akan diumumkan kelak.
Chukpai merupakan penyandang kerusi Dun Murum sejak 2016.
Pada PRN11, beliau berjaya memperoleh 3,265 undi menewaskan tiga calon lain melibatkan Mathew Silek (DAP), Stanley Ajanh Batok (Bebas) dan Abun Sui Anyit (PKR).
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Kennedy Chukpai Ugon
#Gabungan Parti Sarawak GPS
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan