awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Varian baharu COVID-19, musim 'landas' faktor GPS adakan pilihan raya - Uggah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
07/11/2021
09:54 MYT
PRN Sarawak: Varian baharu COVID-19, musim 'landas' faktor GPS adakan pilihan raya - Uggah
Uggah (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbi PBB Spaoh pada Ahad.
SPAOH: Keputusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dalam waktu terdekat adalah selepas khuatir akan kewujudan varian baharu COVID-19.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, keputusan itu juga dibuat bagi mengelak musim 'landas' (tengkujuh) di negeri ini.
Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, keputusan itu dicapai selepas beberapa rundingan dan pertimbangan bersama pihak berkuasa berkaitan.
“Musim landas yang akan datang dijangka bermula pada Januari dan Februari tahun depan.
“Mengadakan pilihan raya dalam tempoh hujan ini akan menjadi tugas yang sukar di mana banjir yang luas mungkin berlaku," katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Spaoh pada Ahad.
Dalam perjumpaan yang sama pada Sabtu, Uggah menegaskan dakwaan segelintir pihak membuat tuduhan GPS takut kepada pelaksanaan Undi18 hingga mengadakan PRN12 lebih adalah adalah propaganda untuk memburukkan gabungan itu.
“Tidak ada sebarang jaminan bahawa semua mereka (pengundi berusia 18 hingga 20 tahun) akan anti-kerajaan GPS,” katanya.
Pada masa yang sama Uggah memberitahu indikator menunggu situasi pandemik pulih sepenuhnya tidak wajar hingga menyebabkan PRN12 ditangguhkan.
“Kita telah berjaya memvaksin lebih 90 peratus golongan dewasa yang layak dan sekarang ini kita masih dalam proses untuk melaksanakan pemberian vaksin kepada golongan remaja dan dos penggalak.
“Pada 15 September lalu Sarawak mencatatkan sehingga 4,709 kes dan sekarang kes positif COVID-19 di negeri ini dicatatkan sekitar 400 ke 500 kes sehari.
“Penularan kes yang tinggi dahulu dan sekarang adalah disebabkan varian Delta yang mudah berjangkit. Tiada sebarang jaminan bahawa tidak akan ada varian baharu yang lebih berbahaya yang muncul pada masa akan datang," katanya.
Justeru, KKM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) katanya akan memperincikan beberapa SOP yang akan dikuatkuasakan sepanjang pilihan raya berlangsung.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#penularan varian baharu
#SOP Pilihan raya
#musim landas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan