awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Selangor: 'Tidak timbul isu saya lari' - Azmin Ali

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/07/2023
15:47 MYT
PRN Selangor: 'Tidak timbul isu saya lari' - Azmin Ali
Bekas Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri itu pernah menjadi ADUN Hulu Kelang pada 1999 namun tewas pada 2004 kepada calon BN. - Gambar fail
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan tohmahan bahawa beliau 'melarikan diri' daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Sebaliknya, bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan DUN Hulu Kelang merupakan kerusi pertama yang pernah disandang oleh beliau sebelum ini.
"Saya nak tegaskan Hulu Kelang merupakan kerusi pertama yang saya dapat mandat rakyat sejak 1999. Ketika saya menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal, mulai 2008, Hulu Kelang ada sebahagian daripada Parlimen Gombak
"Jadi tidak timbul saya lari dari satu kawasan yang lain, sebab sebagai pemimpin kita harus bersedia memberi khidmat di mana jua yang diperlukan oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Calon PN Selangor di Taman Medan, malam ini.
Mohamed Azmin yang juga bekas Ahli Parlimen Gombak sebelum ini dijangka tidak mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan calon malam ini, mengesahkan Mohamed Azmin tidak diletakkan di kerusi berkenaan, sebaliknya bertanding di DUN Hulu Kelang.
Bekas Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri itu pernah menjadi ADUN Hulu Kelang pada 1999 namun tewas pada 2004 kepada calon BN.
PN mengumumkan seramai 56 calon yang akan merebut kerusi di DUN Selangor pada 12 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Selangor
#Azmin Ali
#lari dari kawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan