SHAH ALAM : UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan introspeksi (proses penilaian diri) menyeluruh dan muhasabah dalaman secara terperinci terhadap keputusan pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kepimpinan parti menerima segala ketentuan Allah SWT di atas keputusan kali ini dengan berlapang dada dan penuh keinsafan.
“Yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua. Umumnya kerjasama jentera parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan makin baik walaupun hanya mula berputik empat bulan lalu.
“Sama-sama kita terus bekerja kuat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dengan memfokuskan kepada prestasi khidmat dan kerja dalam urusan pentadbiran dan pengurusan negara termasuk aspek ekonomi yang begitu kuat memberikan impak pada rakyat.
“Biarlah rakyat menilai prestasi ini terutamanya pentadbiran di peringkat Persekutuan, di samping negeri-negeri di bawah Kerajaan Perpaduan termasuk tiga negeri yang berjaya dikekalkan dalam PRN kali ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Asyraf turut berterima kasih kepada semua jentera parti dari seluruh negara yang berkampung lebih dua minggu di enam negeri yang terlibat dengan PRN.
“Sesungguhnya pengorbanan dan kerja kuat semua amatlah dihargai dan hanya Allah sahajalah yang mampu membalas segalanya dengan limpahan rahmat dan keberkatan-Nya jua.
“Moga Allah permudahkan segala usaha baik yang disulami keikhlasan hanya bermatlamat untuk khidmat yang terbaik demi rakyat,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 13 2023

Asyraf turut berterima kasih kepada semua jentera parti dari seluruh negara yang berkampung lebih dua minggu di enam negeri yang terlibat dengan PRN. - Gambar fail

Beberapa artis jauhkan diri kerana fitnah di IG - Siti Nordiana
Siti Nordiana memberitahu Mahkamah Tinggi beberapa artis menjauhkan diri daripadanya, selepas kenyataan fitnah dibuat terhadapnya.

'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.

Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.

Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dipilih Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.
GXBank dilancarkan, berteras keterangkuman kewangan rakyat
GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat menjelang 2024
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka menunjukkan aliran harga menaik antara RM3,700 hingga RM4,100 bagi setiap tan menjelang 2024.
Alliance Bank umum untung lebih RM185 juta
Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 17 peratus kepada RM185.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept 2023, naik berbanding RM158.42 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.

GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pelantikan 10 barisan Exco Negeri Sembilan hasil kesepakatan PH-BN - Aminuddin
Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan hari ini merupakan hasil kesepakatan dan perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Enam muka baharu antara 10 Exco Negeri Sembilan
Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu bermula jam 10.15 pagi.