awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Wanita PH sasar 30 peratus kerusi

Bernama
Bernama
19/06/2023
05:08 MYT
PRN: Wanita PH sasar 30 peratus kerusi
Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata perkara itu bagaimanapun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya. -Gambar fail
NIBONG TEBAL: Wanita Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk calon-calonnya bertanding 30 peratus daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.
Timbalan Ketua Wanita PH Fadhlina Sidek yang juga Ketua Wanita PKR berkata perkara itu bagaimanapun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.
"Sejak awal Jun lepas lagi, Wanita PH telah mula digerakkan dengan beberapa siri latihan pilihan raya bagi memastikan jentera kita dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan bersiap siaga untuk PRN nanti.
"Pelancaran jentera dan siri ceramah umum Pentas Wanita akan dilaksanakan dalam tempoh kempen kelak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
PRN akan berlangsung di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor dan dijangka diadakan secara serentak walaupun tarikh pembubaran berbeza.
Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata Wanita PH akan bergerak dan bekerjasama dengan Wanita Barisan Nasional (BN) dalam menjalankan kempen pada PRN kali ini bagi memastikan keutuhan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Wanita Pakatan Harapan
#PRN
#bertanding 30 peratus kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan