awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses penamaan calon PRK Sungai Bakap berjalan lancar - Polis

Bernama
Bernama
22/06/2024
08:34 MYT
Proses penamaan calon PRK Sungai Bakap berjalan lancar - Polis
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail. - Foto Bernama
NIBONG TEBAL: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini hari ini berjalan lancar.
Jurucakap Polis Pulau Pinang bagi PRK DUN Sungai Bakap SAC W. Puspanathan berkata 600 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal lalu lintas dan keselamatan sepanjang proses penamaan calon itu.
"Pihak polis amat berpuas hati dengan kerjasama daripada parti-parti politik bertanding," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kesalahan berkaitan pilihan raya.
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRK berkenaan pada 6 Julai, manakala pengundian awal pada 2 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#proses penamaan calon lancar
#polis pulau pinang
#Joohari Ariffin
#Abidin Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan