awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Persediaan UMNO Sabah di tahap 'gear turbo'

Bernama
Bernama
06/01/2018
20:39 MYT
PRU14: Persediaan UMNO Sabah di tahap 'gear turbo'
RAMLEE: Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat. - Gambar fail Bernama
Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap 'gear turbo', kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.
Beliau berkata momentum itu dipertingkatkan lagi dengan penganjuran pelbagai program membabitkan peringkat akar umbi dan rakyat.
"Misalnya, program bersama akar umbi termasuk ketua kampung dan ketua cawangan UMNO (di Semporna) pada hari ini turut kita selitkan ruangan pemberian bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kepada ketua akar umbi sebagai penyuntik semangat berhadapan PRU14.
"Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat," katanya.
Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini, pada Sabtu.
Berhubung dakwaan pembangkang yang melabelkan tindakan ahli parti pembangkang Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti itu dan menyertai UMNO adalah sandiwara, Ramlee menegaskan dakwaan itu tidak berasas.
"Bekas ahli pembangkang yang kini bersama UMNO dilihat tampak bersemangat dan bersungguh bekerja untuk rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#gear turbo
#persediaan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#Ramlee Marahaban
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan