Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem kepimpinan dalam parti itu sehingga mengganggu-gugat proses pemilihan calon-calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tiada dua kem. Memang tiada. Hanya ada satu kem iaitu kem saya sahaja," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai majlis taklimat calon-calon Pakatan Harapan PRU14 di sini.
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Beberapa media tempatan melaporkan kem PKR terbelah dua antara Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali berikutan pertikaian berhubung calon-calon pilihan masing-masing pada PRU14 ini.
Ditanya mengenai ketiadaan Azmin pada majlis hari ini, Wan Azizah berkata beliau tidak tahu puncanya dan kemungkinan Azmin mempunyai urusan lain yang lebih penting.
Mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding di Parlimen Pandan (Selangor) berbanding Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang) sebelum ini, Wan Azizah berkata: "Kenapa tidak. Saya mempunyai pengalaman di Selangor sebelum ini. Saya tidak mempunyai masalah untuk bertukar kerusi. "
Kerusi Parlimen Permatang Pauh akan ditandingi anaknya, Nurul Izzah Anwar. PKR akan bertanding 51 kerusi Parlimen dan 140 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung pada PRU14 kali ini.
Sementara itu, di majlis yang sama, Dr Mahathir menjelaskan hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja ketika beliau menjadi perdana menteri kerana tidak ada perkara kritikal atau persempadanan semula kawasan pilihan raya berlaku ketika itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai peluangnya memenangi kerusi Parlimen Langkawi, Dr Mahathir yakin perubahan pemikiran rakyat yang sejak dua tahun kebelakangan ini boleh membantunya.
"Ya, kelebihan undi bagi BN yang diwakili oleh UMNO memang besar iaitu 11,000 daripada 40,000 pengundi. Kita kalau nak kira boleh ambil 7,000 sudah cukup dan kita akan dapat kemenangan, kita yakin dapat lebih daripada itu," katanya.
BN mengumumkan penyandang kerusi itu Datuk Nawawi Ahmad akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 24 2018
Dr Wan Azizah nafi dakwaan wujudnya dua kem kepimpinan dalam PKR. -Gambar fail
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
'Lebih ramai akan ikut Tok Pa'
Antara punca pemimpin UMNO bertindak demikian adalah kerana perpecahan dalaman parti tersebut kian ketara yang mana membabitkan dua kem utama.
PRU14: Wan Azizah nafi wujud dua kem dalam PKR
Beberapa media tempatan melaporkan kem PKR terbelah dua antara Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali berikutan pertikaian berhubung calon-calon pilihan masing-masing pada PRU14 ini.