awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Annuar 'restu' Marzuani isi borang calon BN Parlimen Ketereh

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2022
03:40 MYT
PRU15: Annuar 'restu' Marzuani isi borang calon BN Parlimen Ketereh
Annuar turut berharap, bilik gerakan BN cawangan Ketereh tidak ditutup dan petugas pilihan raya BN kawasan itu tidak patah semangat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa memberi restu kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin untuk mengisi borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Annuar yang juga penyandang Kerusi Parlimen Ketereh turut berharap, bilik gerakan Barisan Nasioanl (BN) cawangan Ketereh tidak ditutup dan petugas pilihan raya BN kawasan itu tidak patah semangat.
"Pagi ini, anakanda saya Marzuani Ardilla (Ketua Puteri Ketereh) bertanya saya lagi, apa harus dia lakukan kerana hari ini hari mengisi borang pencalonan.
"Jawapan saya konsisten, teruskan seperti biasa, Marzuani mahu berjumpa saya pagi ini. Saya katakan 'sempurnakan semua urusan dulu'.
"Sewaktu di panggil ke Majlis pengumuman calon BN di PWTC pun sama. Beliau minta keputusan saya dan jawapan saya sama juga. 'Pergilah dan terimalah. Alhamdullah Ketereh tenang.
"Begitu juga pesan pada semua petugas pilihan raya, jangan gelabah, jangan tutup bilik gerakan, jangan cepat patah semangat.
"Kita ikuti perkembangan dengan sabar dan tabah," katanya melalui Facebook, pada Khamis.
Annuar sebelum ini digugurkan daripada mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berharap, semua pihak mengikuti perkembangan dengan tenang dan tidak melebarkan perpecahan terutama di kalangan rakan seperjuangan dan umat Islam.
"Ada kala kita disalah ertikan, ada kala kita difitnah dengan fitnah yang memilukan. Namun,kekal pada kebenaran dan kejujuran. Insyaallah ada hikmah dibelakang dan ganjaran dihari kemudian," ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Annuar Musa
#Marzuani Ardilla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan