GOPENG: Pelbagai kaedah menarik diguna pakai untuk meuar-uarkan serta memperkenalkan calon parti masing-masing ketika tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengambil pendekatan lebih berani dan menonjol, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya menggunakan bas 'Hop On Hop Off' (HOHO) sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

Calon BN Parlimen Gopeng, Cally Ting Zhao Song berkata, bas yang disewa selama dua minggu itu berfungsi untuk mengiklankan serta menonjolkan poster calon BN yang bertanding di kawasan berkenaan.

BACA: PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?

"Ini (guna bas HOHO) pun sangat penting sebab saya sebagai orang yang agak baharu dalam arena politik, biar pun sudah lapan tahun berkecimpung dalam bidang ini.

"Tetapi sebagai penggerak hadapan baru hanya empat tahun, saya mahu orang ramai kenal siapa Cally dan calon lain, kalau berpeluang saya akan jumpa seramai mungkin pengundi.

"Kami cuba untuk yakinkan mereka (pengundi) bahawa kami adalah pilihan yang terbaik, untuk mereka," katanya.

Cally berkata demikian pada sidang media pada Himpunan Solidariti BN Gopeng@Sungai Rapat di Bilik Gerakan DUN N44 Kampung Meranti Changkat Larang di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, bas tersebut tertumpu di kawasan Parlimen Gopeng dan DUN di bawahnya.

Cally (BN-MCA) bertanding kerusi Parlimen Gopeng akan bertembung empat penjuru dengan Muhammad Farhan Abdul Rahim (PN-Bersatu), Tan Kar Hing (PH-PKR) dan G Balachandran (Warisan). - Astro AWANI

"Bas itu hanya ada satu sahaja namun begitu ia hanya digunakan di kawasan bandar memandangkan tidak boleh memasuki jalan yang sempit atau kecil," katanya lagi.

Cally (BN-MCA) bertanding kerusi Parlimen Gopeng akan bertembung empat penjuru dengan Muhammad Farhan Abdul Rahim (PN-Bersatu), Tan Kar Hing (PH-PKR) dan G Balachandran (Warisan).

SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI

Sementara bagi DUN Sungai Rapat pula, Hang Tuah Din (BN-UMNO) bakal menentang Roshanita Basir (Warisan), Mohader Ahmad Mohammad Ayob (PN-Bersatu) dan Mohammad Nizar Jamaluddin (PH).

DUN Simpang Pulai menampilkan, Lee Wai Yin (BN-MCA) bagi melawan K. Selvam (PN-Bersatu), Wong Chai Yi (PH-PKR) dan Hooi Mi Suet (Warisan).

Manakala, DUN Teja memperlihatkan Liew Yee Lin (BN-MCA) berentap dengan Low Leong Sin (Warisan), Ahmad Ishak (PN-Bersatu) dan Sandrea Ng Shy Ching (PH-PKR).