awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Harapan tinggi buat BN Johor, sumbang kemenangan 20 kerusi Parlimen - Tok Mat

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2022
05:20 MYT
PRU15: Harapan tinggi buat BN Johor, sumbang kemenangan 20 kerusi Parlimen - Tok Mat
Barisan Nasional (BN) mensasarkan kemenangan 20 kerusi Parlimen di negeri Johor bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Mohamad Hasan. - Gambar fail BERNAMA
JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) mensasarkan kemenangan 20 kerusi Parlimen di negeri Johor bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Timbalan Pengerusi BN itu, sasaran berkenaan dibuat selepas gabungan itu melihat momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu.
Beliau berkata, sasaran kemenangan 20 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor itu sebagai penyumbang utama dalam menubuhkan kerajaan BN di peringkat Pusat.
Bagaimanapun, kata Mohamad, persiapan BN Johor perlu lebih kuat memandangkan PRU15 perlu dihadapi tanpa bantuan jentera negeri lain, tidak seperti PRN lalu.
"Kali ini keutamaan adalah untuk menang dan kita meletakkan suatu target (sasaran) yang tinggi kepada BN Johor… saya nak Johor sekurang-kurangnya memberikan 20 kerusi Parlimen untuk dijadikan sebagai penyumbang utama di dalam usaha untuk tubuhkan kerajaan BN di peringkat Pusat.
“Jadi tugas berat Johor daripada 26 Parlimen, kami harapkan Johor dapat sumbang 20 kerusi daripada jumlah itu,” kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras BN Johor di Bangunan Perhubungan UMNO, di sini, hari ini.
Menjelang PRU15 | BN sasar menang 20 kerusi di Parlimen Johor
Mengulas mengenai calon muka baharu pada PRU15 pula, Mohammad memaklumkan, keutamaan parti adalah untuk menang.
BN, jelas Mohamad, tidak meletakkan sebarang ketetapan mengenai wajah lama dan baharu sebagai calon PRU15.
“Ada juga pertimbangan di mana wajah lama kalau ada, tempat (boleh) menang, kalau dia tak ada susuh nak menang, pun ada juga keadaannya.
“Jadi keutamaan kita nak menang, jadi kita tidak ada satu dasar oh kita nak letak semua wajah baharu. Kita tidak ada perkara begitu.
“Setiap kerusi itu, kita pertimbangkan di atas merit kerusi tersebut, kita nak menang, kita ambil cara macam mana nak menang… calon, jentera kempen penting, bukan satu faktor saja yang boleh sumbang kemenangan terhadap parti,” jelas Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Barisan Nasional
#20 kerusi Parlimen Johor
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan