awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Mohd Shafie berdepan saingan empat penjuru, PRK DUN Bugaya tujuh penjuru

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/11/2022
03:35 MYT
PRU15: Mohd Shafie berdepan saingan empat penjuru, PRK DUN Bugaya tujuh penjuru
Mohd Shafie (dua dari kanan) ditentang oleh calon daripada Pakatan Harapan, Gabungan Rakyat Sabah dan parti Pejuang. - Astro AWANI
SEMPORNA: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berdepan saingan empat penjuru di kerusi P.189 Semporna pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Juraimin Jadil sekitar pukul 11 pagi.
Mohd Shafie akan ditentang oleh muka baharu iaitu calon daripada Pakatan Harapan (PH), Arastam Pandorog dan Nixon Abdul Habi mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Seorang lagi yang bakal merebut kerusi Parlimen tersebut ialah Ab Rajik @ Ab Rajak Ab Hamid daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Mohd Shafie menyandang kerusi Parlimen Semporna sejak PRU9 pada tahun 1995 ketika bersama UMNO.
Begitupun, pada PRU14 Mohd Shafie mempertahankan kerusi tersebut atas tiket Warisan dengan majoriti 20,674 undi dalam saingan empat penjuru.
Sementara itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya pula menyaksikan saingan tujuh penjuru.
PRK berkenaan yang diadakan serentak dengan PRU15 menyaksikan saingan daripada calon BN, Abdul Aziz Mohd Ibno; Warisan, Jamil Hamzah dan Mohd Hassan Abu Bakar daripada Pejuang.
Empat lagi calon ialah Karil Pangeran Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah); Nazmahwati Walli (Parti Bangsa Malaysia); Arastam Pandorog (PH); serta Jufazli Shi Ahmad (Bebas) yang menggunakan lambang perahu.
Penyandang kerusi DUN Bugaya, Allahyarham Manis Muka Mohd Darah menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 atas tiket Warisan dengan majoriti 6,005 undi selepas memperoleh 8,557 undi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Mohd Shafie Apdal
#Semporna
#Bugaya
#penamaan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan