awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat
Anggota pengaman PBB cedera akibat tembakan di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas belum putuskan penggunaan logo sendiri - Takiyuddin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/06/2022
10:42 MYT
PRU15: Pas belum putuskan penggunaan logo sendiri - Takiyuddin
Pas belum membuat keputusan muktamad mengenai penggunaan logo sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar fail
KAMPAR: Pas belum membuat keputusan muktamad mengenai penggunaan logo sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Dalam masa sama, parti berkenaan sedang mengkaji dari segala sudut, termasuk kemungkinan penggunaan logo itu akan memperoleh kekuatan dan sokongan daripada rakyat.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, perkara itu bukan asing bagi mereka kerana pada 1974, parti berkenaan pernah bertanding PRU menggunakan logo Barisan Nasional (BN).
“Kemudian kita menggunakan logo kita sendiri dan sebagainya. Logo itu satu benda yang tidak asing bagi kita. Kita akan putuskan bila sampai masanya nanti,” kata Takiyuddin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kursus Malim Gunung Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini, pada Isnin.
Menurutnya, cadangan penggunaan logo itu juga bukan bermakna Pas berniat untuk menjauhkan diri daripada Perikatan Nasional (PN).
Pada Sabtu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan penggunaan logo Pas adalah sebahagian daripada strategi parti itu untuk menghadapi PRU15.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi PN.
Terdahulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin memberi bayangan bahawa parti itu akan mengunakan logo sendiri pada PRU15 kelak.
Topic Berkaitan
#PAS
#PRU15
#logo sendiri
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan