REMBAU: Memasuki hari kelima berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) melihat orang ramai menunjukkan sentimen positif terhadapnya, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengarah Pilihan Raya BN itu juga berpuas hati dengan sambutan baik yang diterima BN dalam PRU kali ini berdasarkan kajian sikap serta 'body language' yang ditunjukkan oleh orang ramai ketika bertemu pemimpin BN.

"Kalau dibandingkan PRU14 dan sekarang, saya rasa amat senang hati dengan PRU15 ini kerana sambutan serta 'body language' tidak seperti 2018.

"Ketika itu (2018) kadang-kadang nampak kita pakai baju BN, pengundi cuba beralih dan tidak mahu bertemu, tetapi sekarang Alhamdullilah mana-mana kita pergi, kami mendapat sambutan mesra daripada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Chembong, di sini hari ini.

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor

SEMAK CALON PRU15 DI SINI!


Calon Parlimen Rembau itu berkata sentimen positif rakyat terhadap BN dirasai bermula daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov manakala 15 Nov hari pengundian awal.