awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ramanan umum manifesto esok, termasuk penyelesaian banjir di Sungai Buloh

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/11/2022
03:41 MYT
PRU15: Ramanan umum manifesto esok, termasuk penyelesaian banjir di Sungai Buloh
Datuk R. Ramanan akan mengumumkan manifesto pilihan rayanya di Ceramah Mega di Kota Damansara pada Sabtu. - Astro AWANI/Shahir Omar
SUNGAI BULOH : Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dari Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan akan mengumumkan manifesto pilihan rayanya di Ceramah Mega di Kota Damansara, di sini esok.
Antara lain, manifesto itu akan menekankan langkah terbaik dalam menangani bencana banjir di Parlimen Sungai Buloh.
"Saya seorang jurutera dan saya tahu isu (banjir itu) sebenarnya. Sebelum ini ramai yang tanya apa saya nak buat untuk penduduk. Saya bukan nak tabur janji, saya kena selidik (sama ada) yang saya janji ini boleh atau tidak saya selesaikan. Saya tidak janji macam pihak lawan. Jadi, saya memang sudah selidik dan boleh diselesaikan.
"Maka, esok (Sabtu) jam 9 malam kita adakan Mega Ceramah di Seksyen 4, Kota Damansara . Di situ saya akan buat pengumuman manifesto saya. Antaranya isu banjir ini, bagaimana kita nak selesaikan isu banjir ini once and for all," katanya kepada media Sesi Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Melayu Subang di sini pada Jumaat.
BACA: PRU15: Khairy, Ramanan turun padang tinjau banjir di Sungai Buloh
Ujarnya penduduk mahukan penyelesaian isu banjir yang bukan bersifat sementara, sebaliknya satu pendekatan untuk jangka masa panjang.
Jelasnya lagi, kira-kira 76 buah rumah di Kampung Melayu Subang terjejas teruk dengan banjir kilat yang berlaku pada petang Khamis.
"Pada masa ini kita telah sediakan dua bot berenjin kepada kedua-dua ketua kampung.
"Kita sudah lama ada dan kita simpan dekat tempat mereka (penduduk) sebab sudah kali kedua kejadian banjir Air paras lutut," tambahnya.
BACA: PRU15: Calon 'hero' banjir di Selangor mula bersaing
Topic Berkaitan
#PRU15
#Ramanan
#calon PH
#banjir
#Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan