awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Rundingan agihan kerusi UMNO, Pas capai 70 peratus - Mohamad Hasan

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
07:06 MYT
PRU15: Rundingan agihan kerusi UMNO, Pas capai 70 peratus - Mohamad Hasan
Mohamad berkata, formula yang telah dipersetujui sebelum ini masih lagi kekal iaitu mana-mana parti yang telah memenangi sesuatu kerusi akan kekal bertanding di kawasan yang sama pada PRU15. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rundingan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) antara UMNO dan Pas kini sudah mencapai tahap 70 peratus, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Mohamad, kata sepakat antara UMNO dan Pas dipersetujui menerusi siri mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang telah diadakan di antara kedua-dua parti itu sebelum ini.
Beliau berkata, menerusi persefahaman itu, formula yang telah dipersetujui sebelum ini masih lagi kekal iaitu mana-mana parti yang telah memenangi sesuatu kerusi akan kekal bertanding di kawasan yang sama pada PRU15.
“Memang setiap kali bermesyuarat, kita berbincang berkenaan tentang persiapan kita menghadapi PRU15, cara mana untuk hadapinya bahkan di peringkat MN, kita juga ada jawatankuasa pembahagian kerusi.
“UMNO dan Pas telahpun bermesyuarat banyak kali dan persefahaman hampir 70 peratus telahpun ada, cumanya seperti yang saya kata, kerusi yang menang kita punya, kerusi yang Pas menang, adalah Pas punya.
“Formulanya masih sama, tidak timbul soal untuk kita ubah atau keluar daripada formula yang telah kita persetujui melainkan kalau ada perkara-perkara yang tidak boleh untuk bersetuju lagi, itu lain cerita,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi DUN Negeri Sembilan selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat.
Sementara itu, Mohamad mengesahkan mesyuarat MN akan diadakan dalam masa terdekat selepas beberapa kali ia ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ujar beliau, walaupun mesyuarat di antara UMNO dan Pas tidak dapat dilaksanakan sebelum ini, namun semangat MN masih lagi beliau sifatkan sebagai utuh dan subur.
“Saya dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden Pas) adalah Pengerusi Bersama MN Peringkat Kebangsaan, kami selalu berhubung walaupun tanpa ada mesyuarat secara formal, kerana semangat MN itu masih subur lagi.
“MN ini masih lagi kuat, belum ada apa-apa keputusan yang selain daripada apa yang telah kita buat selama ini.
“Cumanya mesyuarat ini tidak dapat dilaksanakan kerana PKP, jadi Insya-Allah apabila sudah dilonggarkan sedikit, bolehlah kami bermesyuarat,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#UMNO
#PAS
#Muafakat Nasional
#agihan kerusi
#formula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan