POLITIK
PSM akan putuskan sama ada sertai blok pembangkang selepas kongres - Arutchelvan

S Arutchelvan berkata sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan politik hanya boleh diambil oleh kongres. - Gambar/ PSM
KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan memutuskan sama ada untuk menyertai mana-mana gabungan blok pembangkang selepas kongres pada 25 Julai akan datang.
Ringkasan AI
- Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan membuat keputusan sama ada menyertai mana-mana gabungan blok pembangkang selepas Kongres parti pada 25 Julai, selaras dengan prinsip Demokratik Sentralisma yang diamalkan.
- PSM menghadiri pertemuan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti-parti pembangkang lain untuk membincangkan cadangan penubuhan barisan rentas parti bagi memperkukuh peranan semak dan imbang di dalam dan luar Parlimen.
- Setakat ini, PSM hanya mempunyai perikatan persefahaman politik dengan MUDA dan PRM; tiada wakil PAS hadir dalam pertemuan tersebut walaupun parti itu merupakan komponen utama dalam Perikatan Nasional.
“PSM telah hadiri perjumpaan tersebut kerana ia tidak bercanggah dengan pendirian PSM untuk hadir jika dipanggil mesyuarat oleh mana-mana parti politik.
“PSM menyambut baik perbincangan yang diadakan dan telah memberikan pandangan dan posisi kami,” katanya.
Pertemuan tersebut diadakan bagi mendapatkan persefahaman merentasi parti-parti politik blok pembangkang.
Untuk rekod, parti berhaluan kiri itu hanya mempunyai perikatan persefahaman politik dengan parti MUDA dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Antara yang hadir dalam pertemuan itu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta pimpinan parti politik seperti Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) dan Parti Kemajuan Malaysia (MAP).
Namun difahamkan tiada wakil dari Pas yang menyertai perjumpaan berkenaan, walaupun parti itu merupakan antara komponen utama dalam PN.
Sementara itu, Muhyiddin dalam kenyataannya berkata penubuhan barisan rentas parti ini bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.
“Semua yang hadir telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap cadangan ini,” demikian katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat.
Bekas Perdana Menteri itu turut mengesahkan akan membawa pandangan daripada pertemuan itu kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami