awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puak pembangkang cuba elak sentuh isu pindaan syariah - Salleh

Bernama
Bernama
07/06/2016
00:27 MYT
Puak pembangkang cuba elak sentuh isu pindaan syariah - Salleh
SALLEH: Amanah terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang.
Oleh kerana Amanah tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah, puak pembangkang cuba mengelak menyentuh isu itu dalam kempen pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini kerana Amanah tidak mampu sama ada untuk mengisytiharkan bahawa mereka menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2015 atau menyokongnya.
"Jadi, Amanah terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang. Amanah memerlukan sokongan kaum Cina dan pada masa yang sama berharap untuk meraih sesetengah daripada sokongan pengundi masyarakat Melayui.
"Amanah tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah kerana mereka berkata beberapa hari lalu, mereka tidak menyokong atau menentang pindaan syariah itu tetapi hanya tidak mahu membuat sebarang pendirian buat masa ini," kata beliau menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my, malam Isnin.
Salleh menjelaskan bahawa Amanah juga mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang mendakwa bahawa mereka menentang pindaan syariah itu.
Pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun diadakan selepas kedua-dua penyandangnya terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.
Topic Berkaitan
#berita politik
#isu pindaan RUU jenayah syariah
#PRK
#RUU Mahkamah Syariah
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan