GEORGE TOWN: Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan 2021) yang membenarkan had usia kelayakan umur calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diubah daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Undang-undang itu diluluskan selepas usul dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri, Soon Lip Chee mendapat sokongan penuh selepas ia dibahaskan enam wakil rakyat.
Lip Chee berkata ,berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, pihaknya mendapati seramai 65.06 peratus golongan belia iaitu 2,661 daripada jumlah 3,475 responden menyokong cadangan tersebut.
Beliau berkata, pandangan golongan belia secara atas talian dan hardcopy bermula 8 Disember tahun lalu sehingga 6 Jun lalu turut diadakan bagi mendapat maklum balas golongan tersebut.
"Kerajaan Negeri melalui PYDC (Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang) telah menganjurkan program kempen UNDI18 dengan tujuan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan hak dan tanggungjawab warga negara melalui program dan aktiviti tersebut pandangan golongan belia telah dikumpul dan taklimat kempen UNDI18 telah diadakan di SPU (Sungai Petani Utara) pada 15 Ogos, 2020, dan SPT (Sungai Petani Tengah) pada 3 Oktober, 2020," katanya.
Beliau berkata demikian pada pada sesi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang hari ini.
Lip Chee bagaimanapun berkata, pindaan Perkara 12 ini hanya akan berkuatkuasa melalui pemberitahuan yang akan diumumkan kelak.
Pulau Pinang menjadi negeri ketujuh yang meluluskan usia kelayakan calon kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun, selepas Sabah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Kelantan, dan Perak.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 01 2021
Undang-undang itu diluluskan selepas usul dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri, Soon Lip Chee mendapat sokongan penuh selepas ia dibahaskan enam wakil rakyat. - Gambar fail
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023
Jumlah ini termasuk 503 unit (17 peratus) hartanah berharga RM300,000 ke bawah, sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.
64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.
Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow
Chow berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak.
Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji
Chow berkata bayaran bonus kepada 3,867 penjawat awam negeri itu akan dibuat bulan Disember ini.
DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.
DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.
Keputusan jika empat ADUN perlu kosongkan kerusi DUN Pulau Pinang pada 20 Jan
Azizan Md Arshad turut memerintah kedua-dua pihak hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar keputusan.
Mahkamah tolak permohonan empat ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar DUN daripada meluluskan usul undang-undang anti lompat parti.