awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditutup

Bernama
Bernama
10/01/2026
02:20 MYT
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Dewan Sri Lamag ditutup tepat pukul 10 pagi selepas dibuka pada 9 pagi ini.
KINABATANGAN: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Dewan Sri Lamag ditutup tepat pukul 10 pagi selepas dibuka pada 9 pagi ini.
Pengumuman penutupan itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah di Dewan Sri Lamag, di sini.
Terdahulu, penyokong calon yang bertanding hadir ke pusat penamaan calon seawal 7 pagi, dengan cuaca baik sepanjang proses penamaan berlangsung.
Sementara itu, Mohd Naim Kurniawan Moktar dan Mohd Ismail Ayob yang dipertaruhkan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag masing-masing hadir pada 8.10 pagi, diiringi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Pengerusi BN Sabah Datuk Jafry Ariffin serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Parti Warisan yang mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dan Ahli Majlis Tertinggi parti Mazliwati Abdul Malek, masing-masing bagi kerusi Kinabatangan dan Lamag, hadir pada 8.59 pagi dengan diiringi Naib Presiden Warisan Datuk Jaujan Sambakong serta penyokong dan pencadang.
Sementara itu, calon Bebas Goldam Hamid tiba di pusat penamaan calon pada 7.17 pagi bersama penyokong dan pencadang.
PRK Kinabatangan dan Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi menewaskan pencabarnya Mazliwati (Warisan).
Sementara itu, pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung pada 29 Nov tahun lepas, bekas Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu mempertahankan kerusi DUN Lamag selepas menang dengan majoriti 153 undi dalam persaingan enam penjuru.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan pada 24 Jan, manakala pengundian awal pada 20 Jan.
Seramai 48,722 pengundi layak mengundi, terdiri daripada 48,526 pengundi biasa serta 196 anggota polis dan pasangan mereka.
Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran dan satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK
#Parlimen Kinabatangan
#DUN Lamag
#Naim Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan