awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat penamaan calon PRN enam negeri, PRK Kuala Terengganu ditutup

Bernama
Bernama
29/07/2023
02:15 MYT
Pusat penamaan calon PRN enam negeri, PRK Kuala Terengganu ditutup
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN dan PRK berkenaan dijalankan serentak iaitu pada 12 Ogos manakala pengundian awal 8 Ogos.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 173 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang, ditutup pada 10 pagi hari ini.
Turut ditutup adalah pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Dewan Banquet, Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN dan PRK berkenaan dijalankan serentak iaitu pada 12 Ogos manakala pengundian awal 8 Ogos.
Tempoh berkempen pula ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini sehingga 11.59 malam 11 Ogos.
PRN enam negeri itu diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan pada 22 Jun diikuti Selangor yang mempunyai 56 kerusi pada 23 Jun manakala Pulau Pinang (40 DUN), Kedah (36 DUN), dan Terengganu (32 DUN) dibubarkan pada 28 Jun dan Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN pada 1 Julai.
Enam negeri berkenaan tidak membubarkan DUN mereka bersekali dengan pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov.
PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan apabila kerusi itu diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim dari PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#PRK Kuala Terengganu
#SPR
#pusat penamaan calon tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan