awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putra sah sertai PRK Tanjung Piai jika ada calon bukan Melayu bertanding

Bernama
Bernama
28/09/2019
13:13 MYT
Putra sah sertai PRK Tanjung Piai jika ada calon bukan Melayu bertanding
IBRAHIM: Kita 101 peratus akan bertanding dalam PRK Tanjung Piai jika PH letak calon bukan Melayu, Pas tidak bertanding dan MCA juga mahu bertanding.
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor jika pembangkang dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon bukan Melayu.
Presiden penaja Putra Datuk Ibrahim Ali berkata parti yang ditubuhkan pada Mei lalu itu juga bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru membabitkan mana-mana blok parti dalam pilihan raya akan datang.
"Kita 101 peratus akan bertanding dalam PRK Tanjung Piai jika PH letak calon bukan Melayu, Pas tidak bertanding dan MCA juga mahu bertanding.
"Pengundi orang Melayu boleh pilih yang terbaik di mana parti yang memberi komitmen dalam perjuangan hak kita. Tambahan pula sesiapa pun menang di kawasan itu, Melayu yang akan jadi wakil. Jadi di mana pecahnya orang Melayu?" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Parti Putra dan Pemasyhuran Sumpah Keramat 10 Perkara Tuntutan Melayu Bumiputera di sini, pada Sabtu.
Kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 Sept berikutan komplikasi jantung.
Dr Md Farid yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (Barisan Nasional) dan Nordin Othman (PAS) dengan memperoleh 21,255 undi diikuti Wee dengan 20,731 undi dan Nordin 2,962 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon bukan melayu
#Ibrahim Ali
#Parlimen Tanjung Piai
#Parti Bumiputera Perkasa Malaysia
#parti politik
#pengundi
#pilihan raya kecil
#PRK
#PUTRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan