awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putus kerjasama dengan PAS helah DAP campuri urusan - PAS Terengganu

Bernama
Bernama
27/03/2015
02:06 MYT
Putus kerjasama dengan PAS helah DAP campuri urusan - PAS Terengganu
Gambar fail anggota PAS menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap DAP
PAS Terengganu menyifatkan keputusan DAP untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah satu helah untuk campur tangan dalam kepimpinan PAS selain isu hudud.
Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi sepertimana terdapat cubaan untuk menyingkirkan tokoh itu daripada kepimpinan ulama PAS akhir-akhir ini.
Malah kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Presiden PAS itu sebagai pembohong adalah keterlaluan dan bercanggah dengan akhlak Presiden PAS yang memimpin satu gerakan Islam yang mempunyai sejuta anggota, katanya.
"Mungkin perkara yang dilakukan Lim Guan Eng adalah satu isyarat kepada campur tangan DAP dalam PAS apatah lagi sejak mutakhir ini terdapat cubaan untuk menyingkirkan tuan guru Abdul Hadi Awang dari kepimpinan PAS.
"Kenyataan itu adalah melampau dan celupar kerana menampakkan seolah-olah presiden (Abdul Hadi Awang) seorang yang tidak beretika," katanya kepada Bernama semalam.
Satiful Bahri berkata tindakan itu hanya akan merugikan dan memberi impak buruk kepada DAP yang akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu kerana penentangan terhadap hudud dan penghinaan terhadap presiden PAS.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi
#DAP
#Lim Guan Eng
#PAS
#Satiful Bahri Mamat
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan