awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
14/05/2025
15:33 MYT
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Jelas Rafizi, keputusan itu diambil bagi meredakan suhu panas yang melanda penyokong kedua-dua calon itu pada ketika ini.
KUALA LUMPUR : Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Nurul Izzah Anwar.
Jelas beliau, keputusan itu diambil bagi meredakan suhu yang panas dalam kalangan penyokong kedua-dua tokoh muda parti tersebut ketika ini.
“Saya dah berdebat dengan KJ (Khairy Jamaluddin), saya juga dah berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok (Mohd Syahir Che Sulaiman) 'ruh, ruh, ruh, neh, neh, neh' jadi kalau yang ‘payah-payah’ pun saya dah lalui, insya-Allah saya tiada masalah untuk berdebat dengan Nurul Izzah.
"Cuma, biarlah ia dianjurkan oleh satu pihak yang bebas, supaya suasana boleh ditenangkan.
"Sebab dalam parti kita ini, kadang-kadang yang jadi masalah bukannya pimpinan, mereka 'okay' sahaja, tetapi penyokong di bawah yang lebih sudu daripada kuah, bergaduh hari-hari.
"Saya rasa, lebih baik kalau debat itu diteruskan secara terbuka. Saya bentangkan pandangan saya, dia bentangkan pandangan dia, dan akhirnya biar ahli parti secara keseluruhan serta rakyat yang menilai dan buat keputusan," katanya demikian dalam ceramahnya di Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Pahang di Mentakab pada Rabu.
Media sebelum ini melaporkan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Prasanth Kumar Brakasam mencadangkan supaya kedua-dua tokok muda parti itu berdebat secara terbuka.
Jelas Prasanth, cadangan debat itu bakal menjadi platform terbaik untuk kedua-dua tokoh menerangkan tawaran, idea serta formula terbaik bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan, PH dan PKR sendiri.
Topic Berkaitan
#PKR
#Rafizi Ramli
#debat
#berita politik
#Nurul Izzah Anwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan