MELAKA: Sejak semalam, Seri Negeri menjadi tumpuan media malah rakyat negeri ini apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri ke-12.
Malah pagi ini juga tumpuan rakyat Melaka terarah kepada pengumuman individu yang bakal dilantik memegang jawatan Ketua Menteri ke-13 selepas Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Zaidi Johari memaklumkan majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung esok.
Tinjauan Bernama di sekitar Ayer Keroh di sini mendapati rakyat Melaka sudah 'lali' dengan gelojak politik negeri ini.
Bagaimanapun bagi Aisha Rahman Haj, 36, pemimpin yang dipilih atas nama 'keharmonian politik' itu perlulah cakna dengan masalah rakyat dan paling utama mampu bekerja keras mengembalikan kestabilan ekonomi negeri.
"Khabar angin mengenai pertukaran Ketua Menteri ini sudah lama sangat kami dengar dan apabila sudah diumumkan secara rasmi (pertukaran ini), kami lega sebab akhirnya drama politk ini berakhir.
"Jadi, kami harap ketua menteri baharu itu nanti beri fokus untuk kembalikan kegemilangan Melaka ini terutama apabila sektor pelancongan yang menjadi tunjang ekonomi negeri semakin merosot," katanya yang terlibat dalam bidang perhotelan.
Sementara Bahrin Sirun, 48, berkata karakter utama yang diharapkan pada Ketua Menteri baharu nanti adalah 'boleh buat kerja' yang mencapai piawaian rakyat dan mengembalikan keyakinan masyarakat pada kepimpinan peringkat negeri yang sebelum ini sudah bertukar beberapa kali.
"Kena berjiwa rakyat yang sebenar-benarnya. Bukan atas kepentingan politik atau peribadi semata-mata kerana rakyat kini semakin bijak menilai pemimpin mereka," katanya.
Turut berkongsi pendapat adalah Alias Abu Bakar, 58, yang menyatakan mahu pemimpin baharu ini dapat membawa sesuatu yang lebih baik malah memperbaiki kelemahan sedia ada.
"Apa yang jadi sekarang (pertukaran pemimpin), yang menjadi mangsa adalah rakyat. Jadi cukuplah semua ini dan kami mahu pemimpin beri kemudahan kepada rakyat, stabilkan politik dan ekonomi negeri serta peka dengan keprihatinan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Pemimpin yang dipilih atas nama 'keharmonian politik' itu perlulah cakna dengan masalah rakyat dan paling utama mampu bekerja keras mengembalikan kestabilan ekonomi negeri. - Gambar hiasan/Bernama
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.
25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di barat India, Maharashtra, pada Sabtu.
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
PRN: Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini - Chow Kon Yeow
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Loke tegaskan tidak tahu ada usaha singkirkan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri
Loke juga menegaskan tidak menerima sebarang memorandum dari mana-mana ADUN DAP Pulau Pinang yang mahu Kon Yeow diganti.
Kumpulan Yayasan Sabah belanja RM685 juta untuk pendidikan
Kerajaan negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah membelanjakan RM685 juta bagi tujuan pendidikan termasuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi sejak 1967 sehingga tahun lalu.