KUALA LUMPUR: Rakyat Segamat mendoakan Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Dr Santhara Kumar selamat dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter yang melanda New Zealand pada Khamis.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata rakyat Segamat turut menasihati Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu untuk melaporkan diri di kedutaan Malaysia sebagaimana saranan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk jaminan keselamatan dirinya.
"Ini membolehkan penduduk di Segamat tahu keberadaan Dr Santhara dan mendoakan agar beliau cepat pulang ke tanah air untuk menjalankan tugasan menjaga rakyat yang lama ditinggalkan.
"Sebagai seorang Ahli Parlimen, kehilangan beliau memberi kesan kepada penduduk di Segamat. Mereka memerlukan pembelaan dan bukannya berada di New Zealand bersama keluarga kerana bercuti selama 55 hari.
"Sudahlah kebersamaan kamu bersama PKR dikhinati, janganlah janji khidmat dan bakti kepada rakyat di Segamat turut menerima nasib yang sama," katanya semasa menghubungi Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: "Cuti 55 hari di New Zealand untuk lawat keluarga, ikut prosedur" - Timbalan Menteri Wilayah
BACA: Gempa bumi 8.1 pada skala Richter landa New Zealand, amaran tsunami dikeluarkan
Sebelum ini, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan kenyataan berhubung risiko tsunami di New Zealand dalam jarak kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa.
Terdahulu, Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat bersama ahlinya mengunjungi beberapa buah rumah penduduk di sekitar kawasan berkenaan yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.
Ujarnya, ada rumah yang dikunjungi mengadu terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui bagi mendapatkan bantuan dari Pejabat Ahli Parlimen.
Tambahnya, ada juga seorang ibu tunggal yang mempunyai lima anak tidak dapat dibantu dengan alasan bukan pengundi di Parlimen Segamat.
"Sejak bila kelayakan untuk menerima bantuan daripada Ahli Parlimen mesti hanya kepada pengundi di Parlimen tersebut sahaja?
"Sebagai sebuah parti kerajaan - tidak kira permohonan itu datang dari sebarang latar belakang politik, kaum dan agama - kerajaan haruslah sentiasa sudi untuk membantu.
"Rakyat harus sentiasa diutamakan tidak kira pada musim pilihan raya atau tidak.
"Ahli Parlimen terutama dari pihak kerajaan harus memudahkan proses bantuan dan menerapkan perkara berkenaan.
"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pengundi di Segamat harus mengambil iktibar dari episod Dr Santhara yang bercuti semasa musim pandemik.
"Ia cerminan kepada kesungguhan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan sendiri," tegasnya.
Kata Bastien lagi, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Segamat juga telah membuat proses sanitasi di sekolah-sekolah bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan selesa.
"Namun, di mana kelibat Dr Santhara?" soalnya.
Dr Santhara sebelum ini memaklumkan, beliau ke New Zealand sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan selepas permohonan cuti selama 55 hari bekerja disokong Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada 10 Disember serta diluluskan Muhyiddin pada 18 Disember.
Astro Awani
Sat Mar 06 2021

Kata Bastien, ada penduduk mengadu terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui bagi mendapatkan bantuan dari Pejabat Ahli Parlimen Segamat. -Gambar Pemuda UMNO

AWANI Ringkas: Lagi lokaliti di Kelantan dikenakan PKPD | SOP: Bazar Ramadan Batu Buruk dipantau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tak larat, sakit alasan kaki ponteng puasa
Tidak larat berpuasa selain sakit menjadi alasan biasa yang diberikan kaki ponteng puasa kepada penguatkuasa JAINJ.

'Terguna' duit RM1,000 majikan, lelaki buat laporan palsu disamun
Lelaki berusia 21 tahun itu mendakwa dia disamun empat lelaki yang menaiki motosikal dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi.

Pengusaha Adam Char Kuey Teow terkenal di Permatang Pauh maut kemalangan
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dari arah Seberang Jaya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

COVID-19: Kes jangkitan melebihi 142 juta, korban lebih 3 juta
Jumlah keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 142 juta.

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.

Tular gaduh depan restoran di Ipoh, polis tahan 2 lelaki, cari pemilik akaun Twitter
Polis turut mengesan pemilik akaun Twitter yang berkongsi video itu sambil mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Thailand buat persediaan terima rakyatnya pulang dari Malaysia
Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi keselamatan di bahagian selatan untuk membantu rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia untuk pulang ke negara itu.

ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.

PKPD di MTAQ Pulau Chondong bermula 21 April
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang, Kelantan bermula 21 April sehingga 4 Mei 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan Kementerian Kesihatan melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di MTAQ Pulai Chondong, Machang.

Rakyat Segamat doa Dr Santhara segera pulang kawasan susulan gempa NZ - Bastien
Rakyat Segamat mendoakan Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Dr Santhara Kumar selamat dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter yang melanda New Zealand pada Khamis.