awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramanan umum hasrat rebut jawatan Naib Presiden PKR

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/03/2025
02:10 MYT
Ramanan umum hasrat rebut jawatan Naib Presiden PKR
Ramanan pada Ahad hadir bersama Team Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh ke program penyerahan sumbangan Ihya Ramadan di Masjid Kota Damansara. - Facebook Pusat Khidmat Rakyat Ramanan
KUALA LUMPUR: Selepas mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan kini mula mengintai jawatan Naib Presiden parti tersebut.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ahli, yang juga Parlimen Sungai Buloh itu membuat pengumuman tersebut melalui media sosialnya hari ini.
Ramanan berkata perkara tersebut turut dimaklumkan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebelum mencapai keputusan untuk menggalas amanat sebegini penting ini, saya telah meluangkan masa berbincang dengan kalangan pimpinan, sahabat seperjuangan, serta anggota Keadilan di seluruh negara.
"Matlamat utama saya adalah untuk memperkukuhkan dan memperkasakan parti Keadilan kita dari peringkat akar umbi sehinggalah di pimpinan pusat,” katanya lagi.
Ramanan berkata, semangat perjuangan harus seiring dengan gagasan Malaysia MADANI dan beliau percaya parti tersebut mampu lakukan yang terbaik demi masa depan negara.
Setakat ini beberapa pemimpin kanan parti telah mengumumkan untuk merebut jawatan tersebut antaranya, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; dan Nurul Izzah Anwar.
Topic Berkaitan
#r ramanan
#pemilihan parti
#naib presiden pkr
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan