SHAH ALAM: Cadangan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Penggal Tetap oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukanlah matlamat untuk rakyat.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil berkata, perkara itu dilihat hanya untuk kepentingan diri segelintir ahli politik dalam kerajaan.
“Saya lihat ia kepentingan diri termasuk Ahmad Zahid sendiri yang mungkin takut jika kerajaan bertukar, mereka akan hilang kuasa dan jawatan serta mungkin akan kembali didakwa di mahkamah dan masuk penjara dalam masa terdekat.
“RUU ini juga akan menghalang kebebasan wakil-wakil rakyat di Parlimen untuk menukar perdana menteri dan kerajaan di tengah penggal sekiranya mereka gagal mentadbir negara dengan baik atau telah hilang sokongan rakyat atau wakil-wakil rakyat di Parlimen.
“Ini juga boleh menyebabkan keadaan di mana perdana menteri dan kerajaan menjadi leka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat serta negara dengan cekap dan amanah; keadaan ini adalah tidak baik untuk rakyat," katanya dalam Facebook pada Isnin.
Beliau berkata, wujudnya RUU itu juga membuka ruang kepada salah guna kuasa seperti terlibat rasuah, tidak membuat kerja dan sebagainya oleh perdana menteri dan kerajaan apabila merasakan kedudukan mereka kekal memegang kuasa sehingga habis penggal.
Tegasnya, Perlembagaan Malaysia membenarkan pertukaran perdana menteri dan kerajaan di tengah penggal jika Perdana Menteri sedia ada tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“RUU dicadang bukan sahaja mengekang suara rakyat dan wakil-wakil rakyat di Parlimen, tetapi juga mengekang kuasa dan budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menukar perdana menteri yang pada hemat Baginda telah hilang sokongan wakil-wakil rakyat di tengah penggal.
“Sekiranya Perdana Menteri dan kerajaan gagal mentadbir dan mengakibatkan kesengsaraan rakyat, adalah memudaratkan jika rakyat dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perlu menunggu sehingga habis penggal untuk menukar mereka (perdana menteri dan kerajaan)," ujarnya.
Dalam pada itu, Isham berkata, jika rakyat susah dan tidak makan akibat kegagalan kerajaan, mereka tidak boleh tunggu selama lima tahun.
“Semak imbang kerajaan oleh rakyat dan wakil-wakil rakyat perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya setiap lima tahun dalam pilihan raya umum.
“Sebab itu peruntukan dalam Perlembagaan selama ini membenarkan pertukaran perdana menteri dan kerajaan di tengah penggal.
“RUU yang digubal di Parlimen perlu dibuat untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk menyelamatkan tengkuk segelintir ahli-ahli politik dalam kerajaan," jelasnya.
Pada Sabtu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu RUU bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ia bagi memastikan peristiwa terdahulu seperti pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 tidak berulang pada masa hadapan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 16 2024
ISHAM: RUU ini juga akan menghalang kebebasan wakil-wakil rakyat di Parlimen untuk menukar perdana menteri dan kerajaan di tengah penggal sekiranya mereka gagal mentadbir negara dengan baik atau hilang sokongan. - Foto Sinar Harian
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
RUU Penggal Tetap bukan untuk rakyat, hanya kepentingan diri ahli politik
Isham berkata, perkara itu dilihat hanya untuk kepentingan diri segelintir ahli politik dalam kerajaan.
Peguam Negara mohon Isham Jalil dipenjara, denda atas dakwaan hina mahkamah berkaitan kes Najib
Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil kerana dikatakan menghina mahkamah.
Permohonan dipenjara, denda kerana hina mahkamah: "Saya akan lawan" - Isham Jalil
Isham akan teliti permohonan AG kepadanya agar beliau dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana didakwa menghina mahkamah.
Isham dipecat UMNO kerana sudah melampaui batas - Khaled Nordin
Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.
Isham terima surat status keahlian dalam masa terdekat - Zahid
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
Kenyataan yang dikeluarkan UMNO juga sebaliknya hanya menumpukan mengenai soal mengukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan parti komponen.