KOTA KINABALU: Sabah akan mendapatkan maklumat dan taklimat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peningkatan mendadak jumlah pengundi muda baharu susulan pendaftaran automatik Undi18.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, peningkatan mendadak yang dibangkitkan itu perlu dipandang serius selain mendapat penjelasan daripada SPR.

"Sekarang ini kita masih melihat ataupun mengetahui daripada beberapa personaliti yang menyatakan rasa keraguan mereka atas lonjakan pengundi-pengundi secara automatik ini.

"Jadi perlu ada penerangan lanjut daripada SPR kerana sekarang sistemnya ialah untuk daftar secara automatik. Apabila dia 18tahun, dia akan didaftarkan secara automatik," katanya kepada media selepas Majlis Konvokesyen Kali ke-25, Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) di Kota Kinabalu.

Selain itu, Hajiji memberitahu tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Selain itu, beberapa pemimpin politik seperti Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili; Datuk Seri Jeffrey Kitingan (Presiden Star) dan Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) meminta SPR menyiasat perkara ini.

Dakwan mereka terdapat lebih 600,000 pengundi baharu berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada 2020.