awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Khairuddin optimis komponen PN mampu tawan Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
23/08/2020
05:27 MYT
Sabah Memilih: Khairuddin optimis komponen PN mampu tawan Sabah
Pas pusat dan Sabah sentiasa bersedia menjayakan hasrat itu dengan menggerakkan keseluruhan jentera sedia ada. - Foto Astro AWANI
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali optimis komponen Perikatan Nasional (PN) di Sabah mampu beroleh kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Dengan kemampuan semua parti komponen baik nasional atau tempatan, kerjasama utuh itu dijangka membuahkan hasil dengan menawan kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan.
Menurut beliau yang ditemui ketika merasmikan bilik jentera dan Markas DUN Tanjung Keramat, Putatan hari ini, turut menambah, Pas Pusat dan Sabah sentiasa bersedia menjayakan hasrat itu dengan menggerakkan keseluruhan jentera sedia ada.
"Hari ini saya merasmikan bilik gerakan untuk N. 24 DUN Tanjung Keramat untuk kita masuk dalam PRN Sabah yang dijadualkan pada 26 September nanti.
"DUN ini selaku DUN sasaran bagi Perikatan Nasional dan ini adalah DUN baru yang diwujudkan sebagai tambahan DUN sedia ada.
"Kita mengharapkan dari gerak kerja bermula pada hari ini kita akan memiliki DUN ini atas nama Perikatan Nasional, "katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perasmian majlis berkenaan, pada Ahad.
Sementara itu, mengulas mengenai kesediaan Pas untuk bertanding dalam PRN Sabah, Khairuddin berkata, ia telah dibincangkan ke peringkat pusat parti tersebut.
"Kita telah membuat penilaian dan semuanya telah diangkat ke peringkat pusat dan tunggu lagi kami di peringkat pusat berunding dengan tiga parti, Insyallah," katanya.
Untuk rekod, PRN Sabah akan membuka tirainya pada 12 September hadapan sebagai tarikh penamaan calon sebelum hari pengundian pada 26 September.
Topic Berkaitan
#cawangan PAS
#DUN baharu Sabah
#Khairuddin
#PAS
#Pas Sabah
#pilihan raya
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan