Parti Bersatu Sabah (PBS) bercadang akan bertanding 30 buah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Radin Malleh berkata, PBS telah mengenal pasti jumlah berkenaan dimana ia mempunyai potensi kuat untuk calon mereka memenangi jumlah kerusi tersebut.
Cadangan parti pro Perikatan Nasional (PN) itu diumumkan selepas mengambil kira analisis kekuatan parti dan sokongan membabitkan 30 kerusi yang mahu dipertandingkan dalam PRN kali ini.
"Kita bercadang untuk bertanding di 30 kerusi kerana kami mahu dilihat realistik, wajar dan praktikal," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat parti itu di sini, hari ini.
Dengan pengumuman PBS yang juga merupakan parti pembangkang tempatan di negeri ini, sekaligus menyaksikan tiga pihak telah tampil menyuarakan kehendak untuk bertanding pada PRN Sabah.
Baru-baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengemukakan hasrat untuk bertanding di 45 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, PBRS dan MCA pula bertanding di kesemua 73 kerusi.
Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sidang medianya baru-baru ini mendedahkan jumlah keseluruhan 73 kerusi itu turut melibatkan rakan-rakan 'seangkatan' mereka di negeri ini.
Sementara itu, dalam kenyataan media yang sama, Radin turut memaklumkan pihak PBS dijangka menampilkan beberapa muka baharu dan golongan wanita sebagai calon berpotensi diketengahkan.
"PBS telah bekerja keras sebelum ini dan pastinya kami yakin untuk memperoleh kemenangan pada PRN kali ini," katanya.
Untuk rekod, PBS yang merupakan bekas parti komponen BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah menang enam kerusi DUN.
Setakat ini, PBS hanya memiliki empat kerusi DUN iaitu Kiulu, Kundasang, Tamparuli dan Matunggong.
PBS, merupakan parti 'multi-racial' ditubuhkan sejak tahun 1985 sebelum ini dilihat sinonim dengan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), Bumiputera Islam dan masyarakat Cina di Sabah.
Ruzaini Zulkepli
Tue Aug 04 2020

Cadangan parti pro PN itu diumumkan selepas mengambil kira analisis kekuatan parti dan sokongan membabitkan 30 kerusi yang mahu dipertandingkan dalam PRN kali ini. - Gambar fail

Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.
Polis tak buat SJR di selekoh, selepas bukit
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota ketika menjalankan SJR.
Tiada caruman PERKESO, KSM akan ambil tindakan kepada majikan
: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, pihaknya menerusi PERKESO akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing tersebut.
[TERKINI] Malaysia amat bimbang hasrat Israel tubuh secara sepihak 'zon selamat'
Malaysia menolak pemindahan rakyat Palestin secara paksa yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

MAHB dijangka raih hasil lebih kukuh susulan pembukaan semula ruangan runcit KLIA
Perjanjian kemasukan tanpa visa antara China dan Malaysia mulai 1 Disember 2023 juga satu rangsangan positif.
Dasar Gaji Progresif bukan acuan mana-mana negara - Rafizi
"Kalau pun ada acuan yang sama ialah perkara ini tidak boleh diserahkan kepada pasaran untuk diperbetulkan. Ia memerlukan campur tangan kerajaan melalui dasar dan insentif," jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Prabowo Subianto berlepas ke Malaysia untuk bertemu Anwar
Prabowo dijadualkan pulang ke Jakarta lewat Khamis tanpa memberikan butiran lanjut mengenai tujuan lawatan itu.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.

Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau
Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa.

Singapura kerah pesawat RSAF hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Singapura mengerahkan pesawat Pasukan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Selepas ‘pujukan’, Muhyiddin ubah pendirian tidak berundur
Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan U apabila mengumumkan beliau akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan presiden Bersatu bagi satu penggal lagi.

Bersatu tolak cadangan Muhyiddin tidak pertahan jawatan
Mesyuarat Khas Ahli MPT Bersatu sebulat suara menolak cadangan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai presiden dalam pemilihan parti akan datang.

UMNO tiada kuasa, sekadar ‘penumpang’ dalam Kerajaan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, dengan UMNO mempunyai sekadar 26 kerusi Parlimen, PH yang diterajui Anwar Ibrahim masih mampu memerintah Kerajaan.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.

Agenda kerjasama PN, mekanisme baharu Muhyiddin jadi perhatian
Antara agenda yang paling menarik perhatian tentunya berkaitan isu kerjasama dengan Pas dan sokongan empat ahli Parlimen kepada PM Anwar.

Mahkamah tolak permohonan Bersatu kosongkan empat kerusi Parlimen Sabah
Bersatu menamakan Johari serta empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Armizan, Khairul Firdaus, Jonathan dan Matbali sebagai responden.

Tiga ahli Parlimen 'lompat' luar Dewan Rakyat
Tindakan mereka itu seolah-olah amalan melompat parti seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Sokong PM: Bersatu buat laporan polis
Laporan itu dibuat oleh Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) awal pagi Selasa.