awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: UMNO Sabah bermesyuarat, misi utama gerakkan parti

Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
19/08/2020
13:38 MYT
Sabah Memilih: UMNO Sabah bermesyuarat, misi utama gerakkan parti
Lebih 200 penyokong Bung Moktar berhimpun menyambut ketibaan beliau di pekarangan ruang ketibaan KKIA. - Astro AWANI
Tindakan beberapa ketua bahagian UMNO Sabah yang mahu menyingkirkan kepimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas.
Bung Moktar berkata, apa yang paling penting selaku Ketua UMNO di Sabah, beliau bertanggungjawab menggerakkan parti itu dan memandang ke hadapan.
"Selaku ketua, saya kena menggerakkan UMNO ke seluruh Sabah... Itu misi kita, misi utama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada Rabu.
Terdahulu lebih 200 penyokong Bung Moktar berhimpun di pekarangan ruang ketibaan KKIA.
Ditanya sama ada beliau melihat tindakan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai serangan peribadi, Bung Moktar bagaimanapun berkata, beliau menghargai semua pandangan.
"Kita menghargai pelbagai pandangan, pelbagai pandangan kita terima," katanya.
Semalam, Abdul Rahman bersama 11 pemimpin UMNO Sabah terdiri daripada Ketua Bahagian dan Ketua Wanita membuat sidang media menolak keputusan Bung Moktar mengetuai jentera BN untuk PRN kali ini.
Antara alasan diberikan adalah autonomi diberikan kepada UMNO Sabah selain menyifatkan pelantikan Bung Moktar sebagai 'membunuh diri' kerana dibayangi beberapa kes mahkamah.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Barisan Nasional
#Bung Moktar Radin
#Kota Kinabalu
#Kuala Lumpur
#mahkamah
#majlis tertinggi
#mkt
#Sabah Memilih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan